sebenarnya hati ini tidak tenang. sejak minggu lepas, sejak dapat tau tentang peristiwa yang mengguris hati itu, hati ini benar-benar dilanda tsunami yang sangat meninggalkan kesan yang mendalam. wahai pokok, wahai rumput, wahai tanah dan segala-gala penghuni bumi, pasti kalian terlalu penat mendengarkan keluhan manusia ini. andai dapat ku kongsi, ku luah dengan cara yang lain, pasti akan ku gunakan semua cara yang ada. aku simpan seorang, hati tak tertanggung. ku simpan bersama, risau ku akan menyusahkan mereka. lelah aku mengaburi pandangan manusia dengan tawa yang mengilai, senyum yang tak perlu kata apa-apa, dan pelbagai lagi emosi.
wahai sang pencinta bumi, maafkan aku atas kelemahan ku. aku menilai kamu terlalu cepat. pantas ku rekodkan penilaian tanpa sebutir penyelidikan. maafkan aku. maafkan aku. maafkan aku! andai hidup adalah pentas opera, berharap dipercepatkan jalan cerita, agar masa tidak berlalu dengan kebosanan yang memenuhi tin-tin kosong dalam jiwa yang 1001 tanda tanya.
aku kah yang bersalah?
aku kah yang bersalah?
aku kah yang bersalah?
