Tuesday, May 1, 2012

Bila keamanan tidak disyukuri.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalamualaikum w.b.t.

Tengok tajuk diatas, mesti automatically teringat insiden yang menyedihkan yang berlaku 2 hari lepas kan? Aku nie bukan laa pengkaji or pemerhati politik negara. Tapi sesekali tue ambik tau jugak. Tidak dapat dielakkan aku sebagai rakyat negara nie kena juga kadang-kadang ikuti kembang-kempis isu semasa.

Tapi babe, nie aku mau bagitau kamu laa...sangat kecewa aku tengok rakyat senegara aku berkelakuan...Masya'Allah!!! Ada wanita..ada lagi pulak tue yang pakai songkok/kopiah...runtuhnya hati tengok benda macam tue sudah ada di negara sendiri. Ko ndak bangga ka babe? Bangga la woi! Suka sangat mau ikut cara luar kan? Mengenakan orang yang tidak bersalah? Hari nie ko terbalikkan kereta..pastu nanti ko nak bawak kereta kebal tengah-tengah bandar tue bawak perang? Bagus la tue, ko sendiri yang buat keluarga ko mati sia-sia dek kerana sayangkan demonstrasi lebih dari keamanan!

Apa sekalipun matlamat korang (yang buat demonstrasi nie), buat dengan cara yang halal. Jangan laa sampai kau libatkan anak orang yang tak bersalah. Ko mau kalau makbapak ko atau makwe/pakwe kecintaan ko dihentam dipukul macam binatang? Ish, otak sempit betul. Memalukan kau tahu???

Aku punya laa rasa kecut perut bila masuk bandar kk tadi, tiba-tiba ada sekatan jalan raya..erk? Maksud aku, ada polis trafik dan anggota rela yang bertugas untuk menutup sebahagian laluan disekitar bandaraya. Aku bingung. Ndakkan ada lagi perkara tidak bertamadun tue dibuat? Sambil duduk makan, aku ikut memerhatikan keadaan jalan. Lorh, rupanya ada le tour de borneo daa! Dorang tutup jalan untuk bagi laluan dekat mat-mat beskal yang aku pun ndak tau kemana laa hala tuju dan penghujung dorang berbasikal tue. Alhamdulillah lega hati.

Aku masih bersyukur aku rakyat Malaysia. Dan aku bersyukur aku orang Sabah. Mungkin tidak semua, tapi ada segelintir manusia bertuah yang pernah merendahkan Sabah khususnya. Hanya kerana kau menetap di tanah melayu, tapi itu bukan lesen kau untuk tidak menghargai tanah borneo yang merupakan part of Malaysia jugak. Belajar tinggi, keputusan kemain habis A disapu, tapi adab & akhlak kau.....tuhan jak tau! Paling aku rasa mau tembak pakai sumpit bila ORANG SABAH yang berhijrah atau berkerja di semenanjung...sepulangnya ke Sabah...perghhhhh! CAKAP SLANK KUALA LUMPUR A.K.A KL DENGAN ORANG KAMPUNG DIA! Kalau tadi lahir dibawah bangunan KLCC ok lettew! Agak-agak laa..hidup dia ditempat orang pun merempat, balik kampung berlagak bukan main lagi kau ar.

Maaf kalau ada yang terasa. Aku cuma berkongsi. Mengingatkan diri sendiri, juga orang disekeliling. Harap-harap kita semua sempat berubah sebelum terlambat. Peace yo! ;)

*Teda kaitan dengan yang hidup atau yang sudah tiada

" Sudahlah sudah..

ku harus pergi..

jangan kau tangisi

aku lagi!"

Assalamualaikum~! ;)

Amboi introoo...kemain lagi! Haha! *Dush!* ok ok abaikan saja. Baru kena tegur & advice skit ngan doktor dekat klinik, kemain lagi nebes memikirkan tahap kesihatan sepanjang hayat. Sobsss~ :(

Sesungguhnya aku rindu sangat dengan blog aku nie. Biar laa teda reader @ aku syok sendiri..yang penting aku rasa lapang skit dada aku sebab terlampau banyak monolog yang bertimbun-timbun.

Sebenarnya...post kali nie memang tidak bermotif. Saja mau merenggangkan jejariku setelah berehat selama beberapa jam ndak online langsung atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Syukur aku masih disini. Syukur aku masih bernyawa lagi.

Macam orang selalu cakap, sudah jatuh..sudah kena batang hidung sendiri...baru kita sedar siapa yang harus kita berterima kasih dan hargai segala sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ko lupa diri sampai laa satu masa yang...kalau kau sempat sedar sebelum terlambat, maka kau beruntung..tapi kalau kau sedar hanya selepas kau hilang semuanya, mohon laa pada yang ESA. :)

Mama aku, bapa aku..kalau aku lahir semula sampai 7 kali pun belum tentu dapat balas semua yang dorang pernah bagi aku sepanjang aku hidup 21 tahun 11 bulan 26 hari! Kenapa aku selalu jadi orang yang lambat untuk nampak benda-benda disekeliling aku? Kenapa aku selalu jadi orang yang sangat cuai dan sangat lalai dalam nelaksanakan tanggungjawab aku?

Pernah aku minta pada Ya Rabb..turunkan kepadaku segala sakit yang keluargaku tanggung andai sakit itu berpunca dari dosa yang aku pernah lakukan. Biar aku yang menanggung derita sakit tu semua. Ampunkan dosa ibubapa ku dengan ujian yang menguji ketabahan dan kesabaran mereka. Tapi lindungi mereka dari ancaman apa jenis penyakit skalipun. Teima kasih ya Rabb kerana mendengar & memakbulkan. Turunkan lah sebanyak dan semaksima yang mungkin...kerana KAU lagi tahu akan sejauh mana kemampuan hamba-MU. Cuma, beri aku kekuatan untuk tidak menitiskan walau setitis air mata pun dihadapan mereka. Kasih sayang dorang sudah cukup cukup cukup membahagiakan!

Elleh..tidak bermotif konon..pigiii daaa! Huhuhu! Ok ok sorry sebab ter-emo seketika. Ahakssss! Saja jak tue mau nge-test kemahiran mengarang ayat emo yang sangat-euw ! Ok suda, sekian, wasalam, bubbye! ;)

 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir