Tuesday, May 29, 2012

Bila maruah diri kau dibuat sampah oleh orang lain..

segala kata CACIAN yang telah engkau berikan membuatku rasa KOSONG KOSONG KOSONG!

Sunday, May 27, 2012

DIA masih sayang aku.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Syukur aku masih disini. syukur masih bernyawa lagi.

Mohon ampun dan maaf pada semua yang pernah mengenali diri ini. Sama ada secara langsung atau tidak. Mohon kemaafan daripada saudara/i atas semua kecuaian, keterlanjuran, dan semua sikap yang menyinggung hati dan perasaan kalian semua. Ampun dari hujung ibu jari kaki hingga ke hujung rambut. Andai masih ada yang enggan menerima maaf ini, boleh bersemuka atau bersembang bersama saya secara terus atau melalui apa-apa saluran sekalipun. Sungguh, saya seorang manusia biasa, yang sudah lama menjadi terlalu leka dan cuai dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanatkan. Halalkan setiap titis air mahuoun secubit makanan yang pernah anda berikan. Semoga dengan setiap keikhlasan Allah memberimu seribu satu ganjaran yang membahagiakan mu kelak.

Sekali lagi DIA menunjukkan kasih sayang-NYA dan memberi hint untuk aku teruskan hidup menjadi seorang yang tabah dan cekal melalui hari-hari ku. Agenda Allah itu hanya DIA yang tau. DIA tau apa yang terbaik buat hamba-NYA. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. La tahzan! Allah sentiasa di sisi mu. Aku berserah segalanya pada ketentuan Allah S.W.T. Andai apa yang aku usahakan tidak juga aku miliki, sentiasa yakin bahawa Allah ada menyembnyikan surprise yang lebih indah daripada yang dijangkakan. Lupakah yang Allah kan maha penyayang? Janji Allah semua benar.

Tatapan dan titipan terakhir buat dia yang mencuri hati ini *aiiisssemmen!* ... Selagi belum ada ikatan sah yang menghalalkan perhubungan kita, biar laa rasa sayang dan rinduku tidak aku khabarkan dekat kau lagi. Izinkan aku mengutamakan cinta ku kepada tuhan ku, rasul ku dan kedua orang tua ku. Dengan izin Allah yang esa, andai tertulis di loh mahfuz engkaulah jodohku..engkaulah imamku...akan ku perlihatkan semua taat setia ku pada engkau wahai sang jejaka. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin. Tidak sekali kau akan rugi dengan masa yang telah kau luangkan untuk mengenal dan mendalami agama Allah. Ingat, jangan kau nilai baik buruk sesebuah agama itu berdasarkan penganutnya. Sedangkan kau sendiri tahu bagaimana gaya dan pemikiran seorang manusia biasa. Mungkin nanti baru lah hati mu dan jiwa mu tenang dalam melalui kehidupan ini. Aku tidak akan minta angin malam bawakan rinduku untuk dirimu yang jauh dari aku. Hanya sebuah ayat yang ringkas tapi bermakna daripada kitab Allah yang sentiasa memberi petunjuk dan peringatan. Aku minta maaf atas segala-galanya. Tolong jangan putuskan ukhuwah keluarga kita. Good luck! :)

Thursday, May 17, 2012

Towards a better life.

Assalamualaikum! Salam 1 Malaysia! ;)

How are you guys? *aku beranggapan ada yang baca. oktq.

seriuously...i wonder how they're doing..my besties..my cuzzies..dan semua yang pernah berkongsi makanan, tilam, bantal, compact powder, hanger, air kosong...erk, air kosong pun consider "kongsi" jugak ka? Hewhewhew. Saya sangat merindui kalian yang pernah mewarnai hari-hari ku!!!

towards a better life..i mean..much much better..bukan in terms of kesenangan dan kekayaan harta dunia, tapi lebih kepada amalan dan akhlak. My 22nd years anniversary of being a caliph of Allah is around the corner. Weehuuu! Tolak tepi semua amalan yang kau pernah lakukan selama hidup nie memang ko akan cakap weehuu o wutsoeva sebab ko rasa dengan pertambahan umur membuat ko lebih matang dan bebas untuk buat apa ko suka??? Ok cukup untuk dialog monolog tadi. Haha!

saya mengalu-alukan sebarang bentuk tunjuk ajar daripada kalian. Kalau diberi peluang untuk buat request untuk tunjuk ajar macam mana yang aku mau, i will be more appreciate it....kalau dalam bentuk soft talk. Because, for me, ndak tau la macam mana dengan penerimaan orang lain...bila tunjuk ajar yang disampaikan dalam bentuk marah-marah, sindir-sindir atau lebih kejam dalam bentuk merendah-rendahkan, that will be a big problem for me. Huhu! Aku tau aku buat silap, tapi janganlah layan aku macam aku nie ndak berhak untuk jadi lebih baik. Tersinggung tahu bila niat murni di-celebrate oleh orang lain sebagai satu alasan untuk korang lemparkan kata-kata kesat. Ya i know that mungkin itu semua just a part of process for me towards seeking HIS forgiveness. But still, aku mungkin akan ambil masa untuk positifkan diri aku lepas terima semua pengajaran & pembelajaran dalam bentuk yang agak tough!

mungkin kebelakangan nie aku banyak post benda-benda yang berbentuk motivasi or pengajaran or peringatan dekat fb aku. Tolonglah jangan salah faham. Aku share semua tue bukan sebab mau tunjuk aku baik or apa-apa yang sewaktu dengannya. Aku pun mengingatkan diri sendiri. Kalau ada yang rasa annoying, aku minta maaf.

itu saja buat masa nie. Harap-harap kita semua sempat berubah sebelum terlambat. :)

okbabaitengkiu! ^^v

Thursday, May 10, 2012

Bila aku...

*Assalamualaikum w.b.t! Salam 1 Malaysia!!! ;)

Baby you light up my life like nobody else~~~

yeah, this song keep cheering me up bila aku dalam keadaan so so #%€£¥+$&@!

Sesungguhnya duduk dirumah doing nothing now for almost 5 months was so realy hell yeah! Grrrrhhhh! I have to wait another 1 month to pass by...then i have decided to find a job! Yesss! Saya sangat bosan menunggu! Ndak boleh ka kasi 1 kali seja intake ipta untuk lepasan spm & yang lepasan diploma etc ??? Beku otak rehat lama betul. Macam laa programming etc tue senang! Ececeh! Haha! Lek deh...saja buat statement menyampah! ;)

Yess i am planning to stop dreaming about furthering my study. Dan kalau mau sambung pown, still in programming or ict field. Aku ndak macam certain orang yang sanggup terima kos lelong as long as dapat masuk "U" ! sorry keyh pada yang terasa. :) Aku terfikir untuk cari pocket money sendiri. Malas mau mengharap duit big boss. Skali skala boleh jugak. Haha! Tapi untuk sepanjang masa punya belanjawan, aku nekad untuk cari sendiri. Harus minta ampun dulu sama parentss kerana terpaksa beralih arah dari planning yang dorang dah decide untuk aku buat. Huhu!

CompTia A+ ... OCJA - Oracle Certified Java Association .... Buat apa laa aku ambil dulu benda nie perah otak separa gila semata-mata untuk sekeping sijil yang boleh memberi added value untuk my future ..... And i end up with ..... Duduk dirumah sepenuh masa tapi teda yang pinang!

okeyh laa.. itu sahaja luahan sengal aku! Ko baca semua diatas tadi? THANK YOU DEAR! ;)

babaibabaibabai muahmuahmuah!

Sunday, May 6, 2012

Forever secret.

Some things are better kept inside, alone, forever...

Tuesday, May 1, 2012

Bila keamanan tidak disyukuri.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Assalamualaikum w.b.t.

Tengok tajuk diatas, mesti automatically teringat insiden yang menyedihkan yang berlaku 2 hari lepas kan? Aku nie bukan laa pengkaji or pemerhati politik negara. Tapi sesekali tue ambik tau jugak. Tidak dapat dielakkan aku sebagai rakyat negara nie kena juga kadang-kadang ikuti kembang-kempis isu semasa.

Tapi babe, nie aku mau bagitau kamu laa...sangat kecewa aku tengok rakyat senegara aku berkelakuan...Masya'Allah!!! Ada wanita..ada lagi pulak tue yang pakai songkok/kopiah...runtuhnya hati tengok benda macam tue sudah ada di negara sendiri. Ko ndak bangga ka babe? Bangga la woi! Suka sangat mau ikut cara luar kan? Mengenakan orang yang tidak bersalah? Hari nie ko terbalikkan kereta..pastu nanti ko nak bawak kereta kebal tengah-tengah bandar tue bawak perang? Bagus la tue, ko sendiri yang buat keluarga ko mati sia-sia dek kerana sayangkan demonstrasi lebih dari keamanan!

Apa sekalipun matlamat korang (yang buat demonstrasi nie), buat dengan cara yang halal. Jangan laa sampai kau libatkan anak orang yang tak bersalah. Ko mau kalau makbapak ko atau makwe/pakwe kecintaan ko dihentam dipukul macam binatang? Ish, otak sempit betul. Memalukan kau tahu???

Aku punya laa rasa kecut perut bila masuk bandar kk tadi, tiba-tiba ada sekatan jalan raya..erk? Maksud aku, ada polis trafik dan anggota rela yang bertugas untuk menutup sebahagian laluan disekitar bandaraya. Aku bingung. Ndakkan ada lagi perkara tidak bertamadun tue dibuat? Sambil duduk makan, aku ikut memerhatikan keadaan jalan. Lorh, rupanya ada le tour de borneo daa! Dorang tutup jalan untuk bagi laluan dekat mat-mat beskal yang aku pun ndak tau kemana laa hala tuju dan penghujung dorang berbasikal tue. Alhamdulillah lega hati.

Aku masih bersyukur aku rakyat Malaysia. Dan aku bersyukur aku orang Sabah. Mungkin tidak semua, tapi ada segelintir manusia bertuah yang pernah merendahkan Sabah khususnya. Hanya kerana kau menetap di tanah melayu, tapi itu bukan lesen kau untuk tidak menghargai tanah borneo yang merupakan part of Malaysia jugak. Belajar tinggi, keputusan kemain habis A disapu, tapi adab & akhlak kau.....tuhan jak tau! Paling aku rasa mau tembak pakai sumpit bila ORANG SABAH yang berhijrah atau berkerja di semenanjung...sepulangnya ke Sabah...perghhhhh! CAKAP SLANK KUALA LUMPUR A.K.A KL DENGAN ORANG KAMPUNG DIA! Kalau tadi lahir dibawah bangunan KLCC ok lettew! Agak-agak laa..hidup dia ditempat orang pun merempat, balik kampung berlagak bukan main lagi kau ar.

Maaf kalau ada yang terasa. Aku cuma berkongsi. Mengingatkan diri sendiri, juga orang disekeliling. Harap-harap kita semua sempat berubah sebelum terlambat. Peace yo! ;)

*Teda kaitan dengan yang hidup atau yang sudah tiada

" Sudahlah sudah..

ku harus pergi..

jangan kau tangisi

aku lagi!"

Assalamualaikum~! ;)

Amboi introoo...kemain lagi! Haha! *Dush!* ok ok abaikan saja. Baru kena tegur & advice skit ngan doktor dekat klinik, kemain lagi nebes memikirkan tahap kesihatan sepanjang hayat. Sobsss~ :(

Sesungguhnya aku rindu sangat dengan blog aku nie. Biar laa teda reader @ aku syok sendiri..yang penting aku rasa lapang skit dada aku sebab terlampau banyak monolog yang bertimbun-timbun.

Sebenarnya...post kali nie memang tidak bermotif. Saja mau merenggangkan jejariku setelah berehat selama beberapa jam ndak online langsung atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Syukur aku masih disini. Syukur aku masih bernyawa lagi.

Macam orang selalu cakap, sudah jatuh..sudah kena batang hidung sendiri...baru kita sedar siapa yang harus kita berterima kasih dan hargai segala sokongan dan kasih sayang yang diberikan selama ko lupa diri sampai laa satu masa yang...kalau kau sempat sedar sebelum terlambat, maka kau beruntung..tapi kalau kau sedar hanya selepas kau hilang semuanya, mohon laa pada yang ESA. :)

Mama aku, bapa aku..kalau aku lahir semula sampai 7 kali pun belum tentu dapat balas semua yang dorang pernah bagi aku sepanjang aku hidup 21 tahun 11 bulan 26 hari! Kenapa aku selalu jadi orang yang lambat untuk nampak benda-benda disekeliling aku? Kenapa aku selalu jadi orang yang sangat cuai dan sangat lalai dalam nelaksanakan tanggungjawab aku?

Pernah aku minta pada Ya Rabb..turunkan kepadaku segala sakit yang keluargaku tanggung andai sakit itu berpunca dari dosa yang aku pernah lakukan. Biar aku yang menanggung derita sakit tu semua. Ampunkan dosa ibubapa ku dengan ujian yang menguji ketabahan dan kesabaran mereka. Tapi lindungi mereka dari ancaman apa jenis penyakit skalipun. Teima kasih ya Rabb kerana mendengar & memakbulkan. Turunkan lah sebanyak dan semaksima yang mungkin...kerana KAU lagi tahu akan sejauh mana kemampuan hamba-MU. Cuma, beri aku kekuatan untuk tidak menitiskan walau setitis air mata pun dihadapan mereka. Kasih sayang dorang sudah cukup cukup cukup membahagiakan!

Elleh..tidak bermotif konon..pigiii daaa! Huhuhu! Ok ok sorry sebab ter-emo seketika. Ahakssss! Saja jak tue mau nge-test kemahiran mengarang ayat emo yang sangat-euw ! Ok suda, sekian, wasalam, bubbye! ;)

 

Blog Template by YummyLolly.com - RSS icons by ComingUpForAir